The Renaissance
RENAISSANCE
Renaissance bermaksud "kelahiran semula " dalam bahasa itali iaitu renisciment. Renaissance yang dimaksudkan ini merujuk kepada penghargaan yang diberikan kepada ilmu yang telah disumbangkan oleh tokoh-tokoh pada tamadun Rom dan Yunani. Perkataan Renaissance juga merujuk kepada kebangkitan semula pembelajaran sastera Romawi dan Yunani di Eropah. Zaman Renaissance ini meliputi pertengahan abad ke-14 hingga abad ke-17. Zaman Kemuncak Pertengahan telah diikuti oleh Zaman Renaissance. Asas Zaman Renaissance ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahannya. Aliran pemikiran ini dikenali juga sebagai himanisme. Bapa humanisme dikenali sebagai Francesco Petrarch dan tokoh Renaissance lain dikenali sebagai Niccolo Machhiavelli & Giovanni Bocacio. Kesungguhan manusia mencari penyelesaian kepada permasalahan hidup dan kesediaan mereka untuk meneroka bidang dan kawasan baru menunjukkan bahawa manusia Renaissance sememangnya didorong oleh semangat inkuiri atau semangat ingin tahu yang kuat. Zaman Renaissance bermula di Itali pada abad ke -14 dan kemudiannya berkembang ke eropah barat sehingga kira-kira abad ke 17. Di Itali, telah muncul bandar-bandar terkenal seperti Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa.
TOKOH-TOKOH :

Niccolo Machiavelli (1469-1527)
Lahir 3 Mei 1469, Florence Republic of Florence
meninggal 21 Jun 1527 (umur 58)
era renaissance philosophy
aliran humanisme renaissance, realisme
- Dalam bukunya The Prince (penguasa), Machiavelli menyarankan seseorang raja atau pemerintah harus mempunyai kuasa mutlak.
- Raja atau pemerintah harus ditakuti dan bukan disayangi oleh rakyatnya.
- Rakyat harus memberikan kesetiaan sepenuhnya kepada raja atau pemerintah kemudian barulah kepada Gereja Katolik.

GALILEO GALILEI (1564-1642)
lahir : 15 februari 1564 Pisa, Duchy of Florence,Itali
meninggal : 8 Januari 1642 (umur 77 tahun)
Kewargenegaraan Itali
Dikenali untuk kinemati,dinamik,teleskopik astronomi pemerhatian, heliocentrism, kerjaya saintifik.
Bidang astronomi, fizik, kejuruteraan, falsafah semulajadi dan matematik.
- Galileo telah memanjangkan idea yang dibawa oleh Nicholas Copernicus (1473-1543) bahawa matahari merupakan pusat alam sedangkan gereja menyatakan bumi ialah pusat alam.
- penentangan ini telah menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman tahanan dalam rumah pada tahun 1633.
SENI LUKIS YANG TERKENAL :
MONA LISA BY LEONARDO DA VINCI
Potret isteri kepada seorang golongan bangsawan yang bernama Frencesco del Giocondo. Beliau mengupah Leonardo melukis potret isterinya secara langsung di dalam studio sebagai tanda kasih sayang pada isterinya.
- karya ini juga dikenali sebagai La giocon dalam bahasa Itali yang bermaksud atau kelucuan (the joking one).
- leonardo menggunakan komposisi perspektif satu titik dan menggunakan teknik penghasilan catan secara mengkaburkan sempadan di antara objek utama dengan latar belakang(sfumato).
- bertujuan untuk menimbulkan mood serta ekspresi muka yang jelas tersenyum bersama dengan lirikan mata yang ayu pada wajah potret Monalisa ini.
- menggunakan teknik glazing yang sangat teliti yang menambahkan lagi mood naturalistik.
- ringkasnya, hasil karya pada zaman ini lebih bertemakan potret diri dan juga golongan atasan serta bangsawan.
- bahan dan media yang digunakan terdiri daripada cat minyak di atas kanvas linen dan tempera di atas permukaan papan.
LEONARDO DA VINCCI
Seorang pelukis,pengukir, arkitek, pencipta, jurutera tentera dan pelukis - lambang "lelaki renaissance" Dengan minda yang ingin tahu dan akal yang tajam, da Vincci menhkaji undang-undang sains dan alam semulajadi yang banyak memaklumkan kerjanya. Iddea dan jasadnya telah mempengaruhi para artis dan membuat da vincci menjadi cahaya utama italy.
Comments
Post a Comment